Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan


Jangan cuma berandai-andai atau membayangkan sesuatu, lakukanlah, mungkin apa yang kamu lakukan itu akan berakhir bahagia.

Berusahalah sekuat yang kamu mungkin, yakinlah, Tuhan tidak akan berdiam diri.

Jangan menyerah atas hal yang kamu anggap benar meskipun terlihat mustahil. Selama ada kemahuan, Tuhan kan berikan jalan.

Bersyukur dan ikhlas menerima apa yang di berikan Tuhan kepada kita, InsyaAllah hikmah-Nya tidak akan berhenti mengalir.

Cinta sejati tak datang begitu saja. Banyak step yg harus dilalui bersama, menderita, menangis, dan tertawa bersama.

Kita tidak akan sanggup mengekang perasaan marah dan hawa nafsu secara keseluruhan hingga tidak meninggalkan bekas apapun dalam diri kita. Namun jika mencuba untuk mengendalikan keduanya dengan cara latihan dan kesungguhan yang kuat, tentu kita akan mungkin lakukan.INSYAALLAH  

Orang success itu bukan kerana tidak pernah jatuh, melainkan beberapa kali ia bangkit ketika jatuh. kerana hujung lorong yang ada disana tidak akan pernah kita tahu sebelum kita berada didalamnya. 

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dihatimu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Cinta adalah satu-satunya kebebasan di dunia kerana cinta itu membangkitkan semangat. hukum-hukum kemanusiaan dan gejala alami pun tak mampu mengubah perjalanannya.

Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini, pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang.

No comments:

Post a Comment